Archive for » April, 2008 «

Wednesday, April 16th, 2008 | Author:

Ayat al-quran al-israa ayat 82

Surah Al-Israa’ Ayat 82. Dan tafsirnya berbunyi “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Daripada tafsir tersebut kita dapat mengetahui betapa agungnya ayat-ayat suci Al quran sehingga boleh menjadi raja kepada segala penawar dan memberi rahmat kepada muslimin dan muslimat. Dan sebaliknya pula yang berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman kepada kepadaNya.

Jadi untuk penerangan yang lebih lanjut, Kita perdengarkan ceramah yang disampaikan oleh Dato Ustaz Harun Din dalam ceramahnya yang bertajuk Al-Quran penawar penyakit.

Tajuk : Al-quran penawar penyakit
Panjang ceramah : 1 Jam 2 Minit 50 Saat

Saiz file : 7.19 Mb
Download 
Dato Ustaz Harun Din - Al-quran penawar penyakit (683) (Klik kanan dan save)

Saturday, April 12th, 2008 | Author:

     Hakikat iman (nur iman) adalah Cahaya Allah yang memancar di hati orang yang dikehendaki Allah bersih dari segala sesuatu yang tidak disukai-Nya.    Seperti di dalam Surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, “Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)

     Juga di dalam Surah An-Nuur ayat 40 yang bermaksud “barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

     Juga terdapat Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :
Apabila cahaya Allah telah masuk kedalam qalbi maka dadapun menjadi lapang dan terbuka…”
     Seorang sahabat bertanya,
“Apakah yang demikian itu
tanda-tandanya ya Rasulullah?”
     Rasulullah menjawab,
“Ya, orang-orang yang
mengalaminya lalu merenggangkan pandangannya dari negeri tipuan (dunia) dan bersiap menuju ke negeri abadi (akhirat) serta mempersiapkan mati sebelum mati.”

     Untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai cahaya yang disebut-sebutkan itu, kita dengarkan ceramah dari Ustaz harun din dalam ceramahnya yang bertajuk “Cahaya iman“.

Tajuk : Cahaya Iman
Panjang ceramah : 1 Jam 45 Saat

Saiz file : 6.96 Mb
Download 
Dato Ustaz Harun Din - Cahaya Iman (822) (Klik kanan dan save)

Saturday, April 12th, 2008 | Author:

Zikir daripada Ustaz Aqeel Hayy. Sama-samalah kita menghayati sentuhan zikrullah..

Tajuk : Sentuhan zikrullah
Panjang ceramah : 45 Minit 58 Saat

SAiz file : 5.26Mb
Download 
Ustaz Aqeel Hayy - Sentuhan zikrullah (1037) (Klik kanan dan save)

Wednesday, April 09th, 2008 | Author:

     Budaya liar budaya rock dan rap dari barat yang songsang dibiarkan berkembang biak dan menular dimerata pelusuk negara - tambah-tambah lagi di KL dan di sekitar Lembah Kelang.

     Di media-media tv sudah cukup membuktikan yang pihak penyiaran kita sentiasa ‘favour’ akan hiburan-hiburan irama rock & rap - baik di tv mahupun di radio. Artis-artis rock & rap sering mendapat tempat dalam slot-slot hiburan dalam pelbagai jenis program hiburan di tv.

      Tapi pada entri saya kali ini, saya ingin memperdengarkan kepada para pembaca dan pendengar satu ceramah juga daripada Ustaz Aqeel Hayy. Menceritakan mengenai budaya rock dan dakwah di hari ini.

Tajuk : Rock dan dakwah
Panjang ceramah : 56 Minit 19 Saat

SAiz file : 6.45Mb
Download 
Ceramah-Ustaz Aqeel Hayy-Rock & dakwah (458) (Klik kanan dan save)

Wednesday, April 09th, 2008 | Author:

    Zina sudah menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat kita kerana telah ujud satu keadaan dimana masyarakat sudah tidak ambil peduli lagi tentang bibit bibit salah laku yang berlaku didepan mata. Kebanyakan anggota masyarakat Melayu Muslim kita sudah tidak peka lagi terhadap gejala buruk laku dan keterlanjuran sikap oleh anak anak muda dan orang orang dewasa dikalangan umat Melayu Islam diserata pelusuk tanahair ini.

    Jadi, untuk mengulas keadaan ini dengan lebih lanjut dan mengetahui apakah tanggungjawab kita terhadap perkara ini dan cara-cara untuk menunaikan tanggungjawab ini bukan sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, malah demi agama Islam yang tercinta. Kita dengarkan ceramah yang diberi oleh Ustaz Aqeel Hayy yang bertajuk “Maksiat”

Tajuk : Maksiat
Panjang ceramah : 59 Minit 49 Saat


SAiz file : 7.013Mb
Download Ceramah-Ustaz Aqeel Hayy-Maksiat (527) (Klik kanan dan save)