Bacaan ayat :
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Maksud ayat :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Download ayat seribu dinar (3764)

Sunday, 18. January 2009
maha besar Allah dengan segala firman-Nya
bhart’s last blog post..Saving Money, Saving Energy, Save Our Earth
Saturday, 1. August 2009
maakasih ulasannya bos
salam
Tuesday, 18. August 2009
Assalamualaykum WBH,
Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang tiba, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan membaca Al-Quran serta memahami isi kandungannya dengan sebenar-benar kefahaman. Alhamdulillah, kini terbitnya Kitab Syaamil Al-Quran yang memudahkan kita ke arah pencapaian matlamat tersebut.
Untuk keterangan lanjut dan mendapatkannya sila klik link di bawah:
Al-Quran Terjemahan Per-Kata Pertama Di Dunia
Sekian, Wassalam
Sunday, 15. November 2009
salam…sy nk tanye sape2 yg sde informasi la yer..ade tak al-quran yg ade tulisan rumi sekali tak kisah la hard copy ke @ online ker..zaman skang nih paham jer la..
Friday, 4. December 2009
Jika al-quran yang ada sebutan bacaan dalam rumi yang awak cari, Sebenarnya sebutan bacaan dalam rumi adalah salah di sisi agama kerana sebutannya akan menjadi tidak betul dan seterusnya maksudnya sekali akan menjadi salah. Cara yang betul ialah dengan belajar membaca al-quran dengan guru supaya dapat membaca al-quran dengan sebutan yang betul. Saya faham, zaman sekarang ni ramai juga yang masih tidak tahu membaca al-quran walaupun sudah berumur. Ayah saya pun mengajar mengaji. Pelajarnya, yang berjawat guru besar sekolah pun ada. Walaubagaimanapun, saya puji niat awak baik untuk belajar.
lebih baik dari ramai lagi yang tidak tahu menbaca al-quran tetapi malu pula untuk belajar.
Jika al-quran yang ada tafsiran dalam rumi yang awak cari, ada banyak…
Thursday, 10. December 2009
Insyallah klu kta ada niat nk belajar dr alif.ba. ta pun Allah akan beri hidayah. Umur tidak jadi halangan. Kita akan disoal di akhirat kelak. Masa pun baru le nak menyesal nk hidup semua.